suria

Hadiri mesyuarat menerusi aplikasi Zoom ketika pandu lori, ahli majlis didesak letak jawatan

Brown (dalam bulatan) sedang memandu lori ketika menyertai mesyuarat secara maya menerusi aplikasi Zoom. Foto: SWNS

SEORANG ahli majlis kanan didesak untuk melepaskan jawatannya susulan menghadiri mesyuarat secara maya menerusi aplikasi Zoom ketika dia sedang memandu lori.

David Brown, ahli majlis dari Kirton dan Frampton di Lincolnshire, menyertai mesyuarat secara maya itu pada Rabu lalu menggunakan peranti yang kelihatan dilekatkan di satu bahagian dalam kenderaannya.

Menerusi rakaman, Brown dilihat sedang memandu dan mengalihkan pandangannya ke kamera dan jalan raya silih berganti.

Brown mengakui dia menyesali tindakan tersebut namun dalam masa yang sama menegaskan bahawa ia sama sekali tiada beza dengan perbuatan mendengar radio dalam kenderaan.

Brown berkata: "Saya hanya mendengar, apa beza dengan mendengar radio dalam kenderaan? Saya meletakkan jawatan kerana itulah kemahuan ketua saya.

"Saya rasa ini merupakan tindakan yang paling bagus untuk dilakukan," katanya. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain