suria

Dapat tahu bakal isteri curang 3 minggu sebelum majlis kahwin, lelaki humban semua bajunya di luar rumah

Seorang lelaki menghumban kesemua pakaian tunangnya selepas mengetahui kecurangan wanita tersebut. Foto: TikTok Mashleigh

SIAPA yang tidak geram apabila mengetahui pasangan yang bakal dikahwini rupa-rupanya main kayu tiga?

Begitu juga dengan lelaki ini yang mengetahui kecurangan bakal isterinya hanya tiga minggu sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung.

Dek kerana terlalu marah dan geram, lelaki ini bertindak membuang kesemua pakaian dan barangan milik tunangnya di luar rumah.

Dalam satu klip video yang dikongsi di aplikasi TikTok oleh pengguna bernama Madeline Smith, kelihatan pakaian dan barangan seperti televisyen serta perabot dilonggokan di luar pintu rumah.

"Abang saya akan melangsungkan perkahwinan dalam tempoh tiga minggu lagi, dan dia dapat tahu tunangnya curang dengan lelaki lain," tulis Madeline pada kapsyen perkongsian tersebut.

Video itu menjadi tular dengan ia ditonton sehingga melebihi 1.9 juta kali sejak ia dimuat naik.

Ia juga mengundang komen netizen yang simpati dengan insiden malang yang dihadapi lelaki berkenaan.

"Sekurang-kurangnya dia dapat tahu sebelum majlis perkahwinan berlangsung," kata seorang netizen. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

bakal isteri, curang, pakaian, luar rumah

Artikel Lain