suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jijik! Tetamu jumpa bungkusan kondom, biskut separuh dimakan dalam bilik hotel

Sampah yang ditemui di dalam laci di sebuah bilik hotel. Foto MEN MEDIA

SEBUAH hotel dikritik kerana kotor dan menjijikkan oleh seorang tetamu, yang mendakwa menemui tiga bungkusan kondom dan tisu di dalam tong sampah di biliknya.

Keadaan bilik tersebut sepatutnya dibersihkan sebelum tetamu baharu mendaftar masuk.

Sebuah hotel yang terletak di Blackpool, di Promenade, United Kingdom telah diberi beberapa penilaian satu bintang di TripAdvisor.

Rata-rata tetamu tidak berpuas hati selepas mereka menginap di hotel berkenaan pada September.

Hotel tersebut digambarkan sebagai 'kotor' dan dikritik kerana tidak mengamalkan penjarakkan sosial.

Menurut laporan Lancashire Live, seorang individu yang memberikan maklum balas bahawa dia menemui tiga bungkusan kondom dan tisu dalam tong sampah.

"Sebaik tiba di dalam bilik, menemui biskut yang dimakan separuh di dalam satu laci, dan tisu mekap dalam laci yang lain, serta keadaan berhabuk," katanya.

Seorang lagi tetamu memberitahu, kakitangan hotel adalah mesra pelanggan, tetapi keadaan bilik sangat kotor. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

hotel, kotor, jijik, kondom,

Artikel Lain