suria

Tayang punggung kepada pemandu kereta, penunggang skuter wanita diburu polis

Seorang wanita diburu polis kerana menayangkan punggungnya ketika menunggang skuter. Foto: Newsflash

SEORANG wanita yang menayang bahagian punggungnya kepada seorang pemandu kereta, kini diburu polis kerana melanggar Undang-undang Anti Pornografi Indonesia.

Menerusi video yang tersebar, wanita yang identitinya tidak dikenali itu berbuat demikian ketika menunggang skuter.

Klip tersebut menjadi tular di aplikasi TikTok.

Tidak dapat dipastikan sama ada wanita itu sememangnya mempunyai niat untuk berbuat demikian atau sebaliknya, namun dia beberapa kali dilihat menyelak skirt.

Klip video versi yang sudah ditapis kemudian dimuat naik oleh akaun Instagram Polis Magelang Selatan, Jawa Tengah, Indonesia pada 16 September.

Polis Magelang telah mengesahkan kejadian itu berlaku di kota tersebut dan mereka berusaha untuk mengesan wanita dan pemandu yang merakamnya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain