suria

Wanita gigit zakar bekas teman lelaki, dakwa cuba pertahankan diri daripada diperkosa

Mangsa didakwa terpaksa bertindak demikian untuk mempertahankan diri kerana penyerang (gambar) cuba memperkosanya. Foto: Newsflash

SEORANG wanita bertindak menggigit buah zakar penyerangnya kerana didakwa cuba memperkosanya, demikian menurut satu laporan polis di Brazil.

Wanita itu didakwa diserang pada awal pagi 5 September lalu, di mana penyerang berkenaan dilaporkan merupakan bekas teman lelaki mangsa.

Kejadian itu berlaku di bandar Miguel Alves, utara Brazil.

Siasatan polis mengatakan bahawa ketika kejadian, wanita itu sedang berada di bilik tidur dengan teman lelakinya sebelum penyerang berkenaan muncul dalam keadaan telanjang.

Lelaki itu didakwa cuba bertindak ganas dan menarik rambut wanita berkenaan, menyebabkan mangsa menggigit zakarnya untuk mempertahankan diri.

Lelaki itu dibawa ke hospital untuk rawatan dan dibenarkan keluar pada hari yang sama, dan kemudian disoal siasat oleh polis. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain