suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan terus alami kerugian besar, pengilang pakaian di Leicester berdegil buka premis ketika ‘lockdown’

Pengurus Fazia Fashion, Asim Ali berkata premisnya akan tetap beroperasi ketika perintah berkurung. Foto: Vivek Chaudhary

PEMILIK kilang pakaian di Leicester, Britain enggan menutup premis mereka sebagaimana arahan perintah berkurung (lockdown) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan bermula 1 Julai (Rabu).

Mendakwa tidak mendapat arahan jelas daripada kerajaan, mereka juga berkata tindakan menutup premis akan menyebabkan syarikat menanggung kerugian yang besar.

Asim Ali, 34, pengurus Fazia Fashion berkata: "Kami tidak mendapat garis panduan daripada kerajaan atau pihak berkuasa tempatan sama ada kami harus menutup atau tetap beroperasi.

"Tetapi sejujurnya, kami mengalami kerugian besar ketika premis ditutup sewaktu perintah berkurung dikuatkuasakan sebelum ini. Oleh itu kami akan beroperasi, tanpa mengira apa yang diberitahu oleh pihak berkuasa," katanya.

Leicester menjadi bandar pertama di Britain yang kembali dikenakan perintah berkurung berikutan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak.

Dengan perintah tersebut, ia menyaksikan sekolah dan kedai-kedai perniagaan yang dikategorikan sebagai bukan perkhidmatan penting (non-essential) ditutup.

Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock mendedahkan terdapat lebih daripada 800 kes baharu positif Covid-19 yang dilaporkan di bandar itu dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain