suria

Keluar malam demi rakam video TikTok, tiga gadis positif Covid-19

Lauren dan dua lagi rakannya disahkan positif Covid-19 selepas keluar ke sebuah bandar pada waktu malam.

SEORANG pelajar dan dua rakan sebiliknya disahkan positif Covid-19 selepas keluar pada waktu malam untuk menghasilkan video TikTok.

Lauren Bouskila, 21, seorang graduan dari Universiti Florida berkata dia dan dua lagi rakannya telah berkunjung ke bandar Gainesville.

Dalam video TikTok yang sudah dipadamkan, Lauren dilihat tidak memakai topeng muka sambil minum air di sebuah bar tertutup.

"Gainesville hampir tidak mempunyai kes. Kami akan baik-baik saja. Bar melaksanakan peraturan keselamatan," kata salah seorang rakan Lauren.

Namun, rakan sebilik Lauren tidak sihat dengan menunjukkan simptom Covid-19 termasuk demam, berpeluh dan sakit perut.

Menurut laporan The Daily Mail, salah seorang mangsa berkata:"Saya sebenarnya terlalu sakit."

Lauren turut berkongsi video semasa ujian saringan dilakukan ke atas mereka sebelum mendedahkan ketiga-tiga mereka positif jangkitan itu.

Dalam masa sehari, video itu ditonton lebih satu juta kali sebelum Lauren bertindak memadamkannya.

Florida merekodkan lebih 146,000 jangkitan dan sekurang-kurangnya 3,447 maut akibat Covid-19. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

keluar, malam, Covid-19, minum, bar tertutup

Artikel Lain