suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Covid-19 meningkat, Leicester kembali dikenakan ‘lockdown’

Leicester menjadi bandar pertama di Britain yang kembali dikenakan perintah berkurung. Foto: PA

LEICESTER menjadi bandar pertama di Britain yang kembali dikenaakan perintah berkurung (lockdown) berikutan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak.

Dengan perintah tersebut, ia menyaksikan sekolah dan kedai-kedai atau perniagaan yang dikategorikan sebagai bukan perkhidmatan penting (non-essential) ditutup mulai esok.

Bercakap di Isnin malam, Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock, mengumumkan bahawa langkah-langkah tersebut juga dikuatkuasakan untuk kawasan luar bandar, seperti Oadby, Birstall dan Glenfield.

Hancock menambah, bagaimanapun sekolah akan dibuka untuk anak-anak pekerja dalam perkhidmatan penting (essential).

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan perjalanan kecuali untuk urusan penting, dan menggalakan mereka untuk tinggal di rumah sehingga satu tempoh yang akan diputuskan kelak.

Sementara itu pub, restoran, hotel dan perkhidmatan dandanan rambut di Leicester juga tidak dibenarkan beroperasi.

Setakat ini lebih 43,500 orang dilaporkan maut akibat Covid-19 di Britain. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Leicester, Covid-19, lockdown

Artikel Lain