suria

Awas! Virus selesema baharu ditemui pada babi di China, boleh jangkiti manusia

Kebimbangan para saintis mengenai strain influenza terbaharu yang ditemui pada babi. Foto AFP

PAKAR kini memantau secara teliti mengenai strain baharu influenza yang muncul di China.

Para saintis berkata, strain virus yang baharu itu dibawa oleh babi dan secara genetik ia serupa dengan Selesema Babi.

Jenis selesema yang baharu itu mengakibatkan penyakit pernafasan, dan para penyelidik memberitahu ia merupakan potensi wabak virus seterusnya jika ia bermutasi dan menyebar dari orang ke orang.

Strain berkenaan dinamakan G4 EA H1N1, berkembang dan membiak dalam sel yang tumbuh di saluran pernafasan manusia.

Menurut penyelidikan yang baru diterbitkan dalam artikel jurnal, ia baru-baru ini muncul pada babi tetapi juga dapat menjangkiti manusia.

Amaran itu ketika dunia masih dilanda pandemik koronavirus (Covid-19).

Kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 500,000 orang, dengan berjuta kes jangkitan, sejak ia pertama kali dilaporkan di China, pada Disember lalu. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain