suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu bapa boleh didenda jika tak hantar anak kembali ke sekolah

Ibu bapa di England berdepan dengan denda sekiranya tidak menghantar anak mereka kembali ke sekolah apabila ia kembali dibuka kelak. Foto: PA

IBU bapa di England boleh didenda sekiranya tidak menghantar anak mereka kembali ke sekolah pada September depan, demikian kata Setiausaha Pendidikan, Gavin Williamson.

Williamson menegaskan kehadiran pelajar ke sekolah apabila ia dibuka kembali kelak, adalah 'wajib'.

Ibu bapa berkemungkinan akan dikenakan penalti sekiranya mereka membenarkan anak-anak mereka berada di rumah - melainkan jika ada 'alasan yang baik' untuk ketidakhadiran tersebut.

Rancangan terperinci mengenai bagaimana kerajaan akan memastikan bahawa semua kanak-kanak di England kembali ke sekolah pada musim luruh kelak akan dibentangkan pada akhir minggu ini, katanya.

Bagaimanapun guru besar dan kesatuan tenaga pengajar mendesak agar tidak kerajaan tergesa-gesa untuk melaksanakan denda berkenaan.

Ini kerana golongan ini berpendapat bahawa sekolah perlu membina semula kepercayaan di kalangan ibu bapa dan keluarga, dan bukannya mendenda mereka. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ibu bapa, denda, sekolah

Artikel Lain