suria

Peraturan baharu diperkenalkan pasca ‘lockdown’, antaranya pengantin perlu cuci tangan sebelum dan selepas sarung cincin

Mencuci tangan sebelum dan selepas menyarungkan cincin adalah antara peraturan baharu pasca lockdown di England. Foto: Getty/Rex

APABILA beberapa perkara diberikan kelonggaran bermula bulan depan, ia bakal menyaksikan bagaimana peraturan baharu wajib dilaksanakan ketika majlis-majlis keraian, antaranya majlis perkahwinan.

Antaranya, majlis resepsi dan parti akan digantikan dengan 'perayaan kecil' yang melibatkan kumpulan dari hanya dua isi rumah untuk majlis yang diadakan di tempat tertutup, atau enam orang dari isi rumah yang berbeza bagi majlis yang diadakan di tempat terbuka.

Sementara itu, pasangan yang berkahwin perlu mencuci tangan sebelum dan selepas sesi bertukar cincin.

Nasihat untuk warga England juga menyatakan bahawa tidak lebih daripada 30 orang yang boleh menghadiri majlis perkahwinan bermula 4 Julai ini, selain menegaskan peraturan penjarakkan sosial mesti dipatuhi.

Sebelum ini ketika negara itu menguatkuasakan perintah berkurung bermula Mac, semua acara sosial dihentikan - termasuk majlis perkahwinan, pembaptisan dan upacara lain. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

cuci tangan, pengantin, cincin, lockdown

Artikel Lain