suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seram! Kerusi roda bergerak sendiri dirakam CCTV hospital... ‘digunakan’ pemiliknya yang sudah meninggal dunia

Imej dari tangkap layar (screenshot) menunjukkan kerusi roda berkenaan bergerak sendiri di hadapan pintu masuk Hospital Ban Kham Doung. Foto: The Sun

MENYERAMKAN! Satu video dari kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah hospital di Thailand mengejutkan netizen apabila ia merakamkan sebuah kerusi roda yang bergerak sendiri tanpa dikendalikan oleh sesiapa.

Menerusi video berdurasi 44 saat itu, kelihatan kerusi roda berkenaan bergerak daripada tempat asal ia diletakkan di sebelah tiang, dan 'mundar-mandir' di kawasan berhampiran pintu masuk masuk hospital.

Pergerakan kerusi roda itu seolah-olah ada 'seseorang' yang sedang mengendalikannya.

Thanasak Pakdeenuan, Pengarah Hospital Ban Kham Doung mengesahkan bahawa ia adalah kerusi roda manual.

Thanasak menambah kerusi roda itu disumbangkan oleh seorang bekas pesakit di hospital tersebut, yang sudahpun meninggal dunia.

Hospital itu kini merancang untuk mengadakan upacara bagi menghormati roh pemilik kerusi roda itu. - Thesun.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kerusi roda, pemilik, meninggal dunia

Artikel Lain