suria

Ingkar perintah berkurung, pengantin lelaki meninggal dunia, 80 tetamu dijangkiti Covid-19

Pengantin lelaki didakwa mengalami demam sebelum majlis berlangsung.

SEORANG pengantin lelaki meninggal dunia dan sekurang-kurangnya 80 tetamu dijangkiti virus Covid-19 selepas melanggar perintah berkurung di India.

Lelaki tersebut yang tidak didedahkan identitinya menghembuskan nafas terakhir hanya dua hari selepas berkahwin di Bilhar, India meskipun mengalami demam panas sebelum majlis berkenaan.

Ahli keluarga dilaporkan memberikan ubat panadol kepada lelaki itu tetapi keadaannya semakin teruk selepas itu.

Kematian lelaki itu tidak dapat dikaitkan dengan jangkitan Covid-19 dan mayatnya dikebumikan sebelum pihak berwajib dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Namun 80 tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan itu disahkan positif Covid-19.

Hindustan Times mendakwa 300 tetamu sudah disaring dan angka kes positif dijangka meningkat.

Pengantin lelaki itu didakwa mahu menangguhkan perkahwinan tersebut tetapi ahli keluarga memaksanya untuk meneruskan saja majlis berkenaan.

Menurut laporan, bapa kepada pengantin lelaki itu merupakan seorang guru, jadi ramai kakitangan di sekolah selain rakan dan saudara mara dijemput hadir ke majlis tersebut. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain