suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk gempar anak babi berwajah manusia

Tangkapan skrin rakaman video menunjukkan seorang lelaki memegang seekor anak babi yang mempunyai wajah seperti manusia. Foto Newsflash

SEBUAH video yang tular menunjukkan seorang lelaki warga Venezuela memegang seekor anak babi mutan, yang dilahirkan dengan wajah seperti manusia.

Kejadian yang berlaku di kawasan Quebrada Arriba di wilayah Torres di Venezuela, dikatakan menggemparkan penduduk tempatan dan kumpulan penternak lain.

Penduduk tempatan berkata, anak babi itu dilahirkan dengan 'mata manusia' dan mempunyai rambut.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk gempar kambing berwajah manusia

ARTIKEL BERKAITAN: Ikan aneh berwajah manusia dijumpai dalam tasik di China

ARTIKEL BERKAITAN: Terbaring atas rumput, lembu berwajah manusia berjaya dilahirkan

Menerusi satu rakaman video, seorang lelaki yang tidak dikenali memegang seekor babi yang ditutupi dengan kain sebelum mengangkatnya menghala ke arah kamera.

Anak babi ini turut dikatakan mempunyai rambut selepas dilahirkan. Foto Newsflash

Kedengaran suara seorang wanita berkata: "Usianya lebih tiga jam."

"Ia juga ada rambut!" tambah wanita berkenaan.

Namun, tidak dapat dipastikan punca anak babi berkenaan dilahirkan sedemikian.

Bagaimanapun, bagi negara-negara lain di Amerika Selatan, ia dikaitkan dengan penggunaan racun perosak yang berlebihan.

Video mengenai keanehan anak babi tersebut tular di Venezuela sehingga menimbulkan kekecohan. - Daily Star

babi, mutan, manusia, wajah, Venezuela

Artikel Lain