suria

Serangan monyet berleluasa, pengawal sempadan di India terpaksa pakai kostum beruang

Dua pengawal sempadan di India memakai kostum beruang. FOTO: ANI/Twitter.

PENGAWAL sempadan di India mengambil langkah drastik memakai kostum beruang untuk mengatasi masalah monyet di negara itu.

Menerusi video yang tular, beberapa pengawal berjalan dalam kostum itu untuk menakutkan monyet yang memenuhi kawasan sempadan.

Ujar petugas stesen sempadan di wilayah Uttarakhand, serangan monyet yang teruk boleh disifatkan sebagai salah satu masalah negara.

Taktik menggunakan kotsum monyet itu sebelum ini diuji di Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel.

Ia ternyata membuahkan hasil sebelum diperluas ke kawasan sempadan.

Namun, ada segelintir pihak yang meragui keberkesanan kaedah berkenaan.

"Ia hanya menunggu masa. Lama kelamaan monyet pasti sedar bahawa mereka manusia, bukannya beruang.

"Monyet haiwan yang bijak," tulis pelayar Twitter berhubung posting video tular itu.

Sebelum ini dilaporkan kes monyet membunuh bayi di kawasan kampung di negara itu.

Dianggarkan lebih dua juta haiwan perosak berkeliaran secara bebas di India. - Daily Star.

monyet, sempadan, India

Artikel Lain