suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sering musnahkan tanaman, babi liar seberat 181 kilogram tumpas di tangan remaja 13 tahun

Scout Neece berjaya menembak babi liar yang sering merosakkan tanaman petani di Texas. Foto: FB Steve Neece

SEORANG budak lelaki berusia 13 tahun berjaya menembak seekor babi liar seberat kira-kira 181 kilogram yang sering memusnahkan tanaman dan haiwan ternakan petani.

Remaja bernama Scout Neece membunuh haiwan berkenaan dengan satu tembakan ketika menyertai bapanya Steve, memburu di Columbus, Texas, baru-baru ini.

Menurut Steve, dia memberitahu anaknya bahawa babi liar sebesar itu sememangnya sukar untuk kerana ia bijak bersembunyi.

"Ia adalah saat yang membanggakan saya sebagai seorang ayah," kata Steve kepada Houston Chronicle.

Babi liar merupakan satu ancaman besar kepada golongan para petani di negeri tersebut.

Dianggarkan kos kerosakan akibat haiwan tersebut kepada bidang pertanian mencecah $52 juta (RM 220 juta) setiap tahun, mengikut Texas A & M Natural Resources.

Neece berkata, para petani telah memberitahunya bahawa mereka kerugian sehingga $ 25,000 (RM 105, 825.00) sebulan dek kerana kerosakan yang dilakukan haiwan tersebut. - Metro.co.uk

babi liar, remaja, tanaman

Artikel Lain