suria

Mahu dijangkiti Covid-19, penyampai radio dikecam gara-gara jilat tong sampah

Aksi wanita itu yang dikecam ramai.

DALAM kebimbangan kita berhadapan Covid-19, ada juga individu yang mahu dijangkiti wabak itu.

Kedengaran tidak masuk akal, namun itulah yang berlaku melibatkan penyampai radio dari Switzerlad, Lea Inderbitz.

Dia memulakan kempen tersebut dengan menjilat tangan pelawak Switzerland, Hazel Brugger baru-baru ini.

Dia kemudiannya turun ke jalanan dan menjilat mesin tiket, tong sampah, tiang dan bas.

Rakaman aksi berkenaan kemudiannya menjadi tular dan menerima reaksi ramai.

Menurut netizen, mereka tidak rasa kelakar dengan perbuatan tersebut.

"Kamu buat saya rasa nak muntah. Harap syarikat radio kamu diberikan hukuman.

"Bukan sekadar virus ini, tapi kamu melakukan sesuatu yang jijik jika orang lain turut menyentuh permukaan sama," tulis netizen.

Lea kemudiannya mengaku video tersebut hanyalah palsu dan ia merupakan lakonan semata-mata. - Daily Star.

Covid-19, tong sampah, jilat

Artikel Lain