suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Tisu tandas habis stok, foto lelaki tua termenung di rak pasaraya jadi tular

Foto warga emas ini menjadi tular di laman sosial.

PENULARAN wabak Covid-19 menyebabkan barangan seperti cecair pembasmi kuman, topeng wajah dan tisu tandas kehabisan stok.

Terbaharu, foto seorang lelaki tua yang termenung di hadapan rak kosong pasaraya menjadi tular di laman sosial.

Ia ternyata menjadi perhatian ramai netizen, mengakui sedih dengan situasi itu.

Menurut Justine Bowers, dia sedih melihat warga emas itu termenung di hadapan rak berkenaan.

"Saya menawarkan dia beberapa gulung tisu tandas, tak sanggup lihat dia pulang tangan kosong," ujarnya di Facebook.

Selain sedih dan simpati, netizen turut berang dengan sikap segelintir individu yang membuat pembelian panik sehingga produk berkenaan kehabisan di pasaran.

Susulan penularan wabak itu, gedung seperti Costcos, Target dan Walmart kehabisan barangan asas seperti tisu tandas, cecair pembasmi kuman dan sebagainya. - India Today.

Covid-19, tisu tandas

Artikel Lain