Penduduk gempar kambing berwajah manusia - Dunia | mStar

Penduduk gempar kambing berwajah manusia

Seekor kambing di Rajasthan, India yang dilahirkan dengan wajah seperti manusia. Foto Jam Press/News Panda

SEKUMPULAN penduduk digemparkan dengan seekor kambing mutan yang dilahirkan dengan wajah manusia.

Haiwan tersebut baru saja dilahirkan beberapa hari lalu di Rajasthan, India.

Pemiliknya, Mukeshji Prajapap, dari kampung Nimodia di Jaipur mendedahkan foto-foto kambingnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kambing Wajah Manusia Gemparkan Penduduk India

ARTIKEL BERKAITAN: Ikan aneh berwajah manusia dijumpai dalam tasik di China

Foto berkenaan menunjukkan haiwan tersebut mempunyai muka yang rata dengan wajahnya seakan-akan manusia.

Pakar berpendapat bahawa kambing itu mengalami kecacatan kongenital yang jarang-jarang berlaku, dikenali sebagai 'cyclopia', yang mana gen dalam keadaan biasa membuat simetri muka gagal untuk menyatakan dengan jelas.

Bagaimanapun, ia bukanlah haiwan pertama yang dilahirkan dengan wajah mirip manusia, kerana sudah ada binatang lain seperti lembu mempunyai ciri-ciri unik itu.

Malah terdapat ikan yang turut dijumpai mempunyai wajah seperti manusia. - Daily Star

kambing , mutan , wajah manusia

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain