suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis 'Rapunzel' catat rekod baharu, ambil masa sejam sikat rambut - “Saya pernah lalui pengalaman teruk di salon”

Nilanshi bersama ibunya.

SEORANG gadis diberi gelaran Rapunzel gara-gara memiliki rambut yang panjang dan cantik.

Malah Nilanshi Patel dari Modasa, India turut dinamakan sebagai gadis berambut panjang di dunia oleh Guiness World Record.

Dia mencatat rekod baharu apabila memiliki rambut sepanjang 190 sentimeter (cm), sekali gus mengatasi rekod terdahulunya iaitu 170.5cm.

Rambutnya tumbuh 20cm sejak kali terakhir diukur pada November 2018.

Nilanshi menunjukkan dua rekod dunia yang berjaya diperolehinya.

Dia mula menyimpan rambut panjang sejak berusia enam tahun selepas melalui pengalaman ngeri di sebuah salon rambut.

"Pada usia enam tahun, saya melalui pengalaman teruk di sebuah salon rambut.

"Sejak itu saya bimbang memotong rambut saya. Ibu bapa saya menyokong keputusan saya untuk menyimpan rambut panjang," katanya.

Gadis berusia 17 tahun itu berkata dia akan membasuh rambutnya itu seminggu sekali.

Dia juga mengambil masa selama sejam untuk menyikat dan setengah jam untuk mengeringkan rambutnya itu. - Metro.co.uk

Rapunzel, rambut panjang

Artikel Lain