suria

Kejam! Bapa, kekasih biar anak tinggal dalam rumah dipenuhi najis anjing

Keadaan lantai rumah yang dipenuhi najis anjing.

SEPASANG kekasih dihukum penjara selepas memaksa seorang budak lelaki berusia dua tahun tinggal di dalam sebuah rumah dipenuhi najis anjing.

Joey Ridener, 30, dan Tammy Hammons, 35, ditahan pada Jumaat selepas polis melakukan pemeriksaan di kediaman mereka di London, Kentucky.

Ketika polis tiba, mereka menjumpai kanak-kanak itu bermain di atas lantai dipenuhi najis haiwan itu.

Lebih menyedihkan, kanak-kanak itu juga tidak mandi selama berhari-hari.

Ridener dan Hammond memberitahu polis bahawa mereka tidak ingat bila kali terakhir kanak-kanak itu mandi.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan polis, kanak-kanak itu turut bermain dengan sebotol cecair peluntur yang boleh dihidu di seluruh rumah itu.

Polis turut memberitahu pinggan mangkuk kotor turut bertimbun di atas lantai dan juga kabinet dapur.

Ridener yang juga bapa kepada kanak-kanak itu dan Hammons ditahan dan didakwa atas pertuduhan penderaan tahap pertama terhadap kanak-kanak tersebut. - Metro.co.uk

najis anjing, budak, bapa, kekasih

Artikel Lain