Budak lelaki 10 tahun ditikam depan mata ibu sendiri, penyerang berbadan gempal sempat larikan diri

Polis sedang melakukan siasatan di Belper Street, lokasi di mana seorang kanak-kanak ditikam oleh seorang lelaki berbadan gempal pada Sabtu lalu. Foto: SWNS

SEORANG kanak-kanak lelaki ditikam di depan mata ibunya sendiri ketika mereka sedang melalui sebatang jalan di Leicester, pada petang Sabtu lalu.

Menurut polis, kanak-kanak lelaki tersebut bagaimanapun mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa.

Kata polis lagi, kejadian tersebut berlaku pada pukul 5.20 petang, pada Sabtu lalu di Belper Street, di mana seorang lelaki dewasa gempal berketurunan Asia menyerang dua beranak itu sebelum melarikan diri.

Orang awam yang melihat kejadian itu segera menghubungi perkhidmatan kecemasan dan kanak-kanak itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Queen di Nottingham.

Ibunya bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Polis Leicestershire berkata mereka kini sedang giat memburu seorang lelaki Asia yang berkulit cerah, berusia pertengahan 20-an, berketinggian 5 kaki 10 inci yang memakai jaket berwarna perang. - Metro.co.uk

tikam, lelaki, gempal, Asia, Leicester

Artikel Lain