Kejam! Babi ‘dipaksa’ buat terjunan bungee dari ketinggian 223 kaki

Video memaparkan seekor babi dipaksa membuat terjunan bungee di sebuah taman tema di China menimbulkan kemarahan orang ramai. Foto: AsiaWire

SEBUAH taman tema di China menimbulkan kemarahan orang ramai selepas didakwa melakukan kekejaman haiwan, dengan 'memaksa' seekor babi membuat terjunan bungee (bungee jumping).

Rakaman video yang tersebar di internet itu memperlihatkan seekor babi dipasangkan tali sebelum ditolak dari sebuah menara berketinggian 223 kaki.

Susulan tersebarnya video tersebut, netizen dan orang awam mendesak pemilik taman tema berkenaan untuk membuat permohonan maaf.

Di China, kekejaman terhadap haiwan tidak dianggap sebagai kesalahan yang layak dihukum oleh undang-undang.

Justeru, tidak hairanlah haiwan-haiwan dibakar atau direbus hidup-hidup sewaktu merayakan sesuatu festival, misalnya Festival Yulin.

Satu kenyataan yang kemudiannya dikeluarkan oleh taman tema itu menyatakan: "Kami dengan tulus menerima kritikan dan nasihat netizen, dan kami meminta maaf kepada orang ramai.

"Kami akan meningkatkan pemasaran tempat pelancongan kami, untuk menyediakan pelancong dengan perkhidmatan yang lebih baik." - Metro.co.uk

Artikel Berkaitan

Artikel Lain