suria

Jambatan gantung terputus saat swafoto, 10 terkorban baki 17 lagi nyaris maut

Jambatan gantung di kawasan tarikan pelancong di daerah Kaur mengakibatkan 10 remaja terkorban.

DEK kerana terlalu ramai asyik berswafoto, jambatan gantung di Desa Manau Sembilan II, Padang Gudi Hulu di daerah Kaur, Bengkulu terputus.

Kejadian pada Ahad itu setakat ini mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 maut dibawa arus deras akibat banjir di daerah berkenaan.

Setakat ini, Kompas.com melaporkan 17 orang terselamat selepas terjatuh dari jambatan gantung itu.

Sebaik kejadian itu berlaku, enam telah disahkan terkorban apabila bantuan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dikerah ke lokasi.

Ketua Badan Tindakan Bencana daerah berkenaan, Ujang Syafiri menjelaskan, mangsa adalah pelancong yang berkunjung ke wilayah yang terkenal dengan tarikan Desa Batu Luwis.

Jumlah pelancong yang melebihi muatan ditambah dengan banjir yang melanda daerah itu mengakibatkan sejumlah besar menjadi mangsa tragedi itu.

"Anak muda remaja itu adalah pelancong dan sedang berselfie di jambatan itu," kata Ujang.

Kejadian itu berlaku apabila di antara remaja itu yang menggoyang jambatan itu sebelum ia terputus.

Sementara itu, anggota SAR dari Universiti Bengkulu, Bendy Sudarto berkata, semua mangsa yang hilang telah ditemukan.

"Pencarian dihentikan kerana semua 10 orang yang hilang telah ditemukan terkorban," katanya.-kompas.com

Bengkulu, jambatan gantung, swafoto

Artikel Lain