suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli keluarga hidup dalam ketakutan, patung Elsa kembali ke rumah selepas dua kali dibuang

Patung Elsa yang menghantui keluarga Emily.

SEBUT sahaja patung berhantu, pasti ramai yang teringat akan filem seram Annabelle.

Namun lain pula ceritanya dengan patung Elsa yang mana karakter kartun itu bukanlah sesuatu yang menyeramkan.

Namun, ia menjadi igauan buat sebuah keluarga di Texas, Amerika Syarikat apabila patung Elsa yang dibuang sebanyak dua kali kembali semula ke rumah mereka.

"Anak saya tak marah nak buang patung tu, sebab ia dah lama dan kotor. Jadi kami buang dalam tong sampah.

"Tapi dua minggu kemudian ia kembali ke rumah saya. Dua kali terjadi. Serius, kami perlukan bantuan," ujar Emily Madonia.

Dia turut berkongsi kisah seram itu menerusi laman Facebook miliknya.

Kata Emily lagi, dia yakin patung itu sudah diangkut oleh lori sampah bersama sampah-sarap lain.

Tambahnya, kehadiran semula patung itu memberi igauan buat keluarganya. - India Times.

Elsa, Annabelle

Artikel Lain