Gadis kecewa, ibu usia 53 tahun jalin cinta dengan menantu sendiri - “Saya rasa seperti dunia sudah berakhir” - Dunia | mStar

Gadis kecewa, ibu usia 53 tahun jalin cinta dengan menantu sendiri - “Saya rasa seperti dunia sudah berakhir”

Lauren kini tidak lagi berbaik dengan ibunya. FOTO: Humphrey Nemar/ sunday mirror.

PENGANTIN baharu, Lauren Wall berikrar enggan memaafkan ibunya sendiri selepas wanita berusia 53 tahun itu menjalin cinta dengan suaminya.

Lebih malang, ibu kepada Lauren turut hamil hasil hubungan sulit dengan menantunya.

"Paul (suami) memang baik dengan ibu saya. Mula-mula saya tak fikir apa-apa. Buat apa nak risau?

"Mereka kadang-kadang keluar berjam-jam dan mula sorokkan telefon.

"Ibu nafikan segalanya. Kata saya gila. Saya rasa seperti dunia sudah berakhir," kata Lauren mengimbas detik malang dia mendapat tahu kisah sulit itu.

Menurut Lauren, dia sebelum ini bertemu dan berkenalan dengan suaminya di sebuah pub di London.

Mengakui jatuh hati pada pandangan pertama, dia ternyata tidak menyangka kehidupan mereka berakhir dengan kisah yang tragis. - Daily Star

skandal , menantu , hamil

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

“Saya OK Muhyiddin jadi PM” – Tun M