suria

Kambing Wajah Manusia Gemparkan Penduduk India

NEW DELHI: Seekor kambing yang memiliki muka mirip manusia menggemparkan penduduk sebuah kampung di India, baru-baru ini.

Kisah kambing bermuka luar biasa itu menjadi perhatian selepas rakaman video haiwan ternakan tersebut tersebar di dalam Internet.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan kambing itu memiliki hidung dan bibir seperti manusia.

Gambar-gambar haiwan itu turut dimuat naik ke dalam laman sosial Facebook oleh seorang pengguna bernama Samiraa Aissa.

"Satu makhluk aneh ditemui di India. Haiwan yang mempunyai struktur wajah manusia itu menakutkan seluruh penduduk kampung," tulis Aissa.

Klip video itu ditonton ribuan kali sejak mula dimuat naik ke dalam Internet tetapi lokasi tepat penemuan kambing itu tidak dapat dipastikan. - Mail Online

Kambing Wajah Manusia, India

Artikel Sebelum

Artikel Lain