suria

Talak Tiga Tidak Sah Di India

NEW DELHI: Dua tahun selepas seorang wanita yang diceraikan menerusi sepucuk surat, Mahkamah Agung India memutuskan undang-undang Islam yang membenarkan penceraian talak tiga adalah bercanggah dengan perlembagaan negara itu.

Isu tersebut mendapat perhatian di India susulan aduan oleh Shayara Bano yang mengadu diceraikan suaminya  pada 2015 kepada mahkamah di India.

Perceraian talak tiga menyebabkan pasangan suami isteri terbabit tidak boleh rujuk kembali.

Sebilangan wanita Islam bagaimanapun hidup dalam keadaan melarat selepas diceraikan talak tiga termasuk melalui aplikasi WhatsApp dan Skype.

Susulan itu, majoriti panel lima hakim daripada agama utama di India termasuk Hindu, Kristian, Islam, Sikh dan Zoroaster memutuskan bahawa talak tiga tidak perlu dalam amalan agama dan melanggar etika moral.

Shayara kemudian berkata, keputusan tersebut merupakan detik bersejarah bagi wanita Islam.

"Saya merayu kepada orang ramai supaya tidak mempolitikkan isu ini dan menerima keputusan Mahkamah Agung mengenai talak tiga," katanya kepada pemberita di luar mahkamah.

India membenarkan institusi keagamaan menguruskan isu perkahwinan, penceraian dan harta pusaka dalam negara berbilang agama dengan 180 juta penduduk Islam.– AFP/Reuters



Shayara Bano, India

Artikel Sebelum

Artikel Lain