suria

Gempar Pelakon Opera Cina 'Beraksi' Di Hospital

Kemunculan seorang doktor persis pelakon operaa Cina di hospital. Foto China Plus/Facebook

SEORANG doktor di sebuah hospital di Beijing, China bertindak berpakaian tradisional seperti pementasan opera Cina lengkap dengan solekan wajah yang berwana-warni.

Tindakan Bai Shufang itu bertujuan untuk membuatkan para pesakitnya lebih tenang.

Bai Shufang mengambil keputusan tersebut selepas menyedari kebanyakan pesakitnya mengalami masalah untuk bersikap terbuka mengenai keadaan kesihatan mereka sehingga menyukarkan beliau untuk memberikan rawatan yang terbaik.

Bai Shufang semasa berurusan dengan pesakitnya. Foto China Plus/Facebook

Pakar perubatan itu melakukan perubahan pada dirinya dengan cara yang berbeza bagi menghilangkan rasa gemuruh dalam kalangan pesakitnya.

Sejak beberapa minggu lalu, Bai Shufang mengambil masa selama kira-kira sejam setiap pagi untuk berpakaian seperti pelakon opera Cina dengan solekan tebal. -odditycentral

Artikel Sebelum

Artikel Lain