Anak buat ‘prank’ lekat barang di siling setiap hari, bapa hanya sedar selepas ‘sesuatu yang tidak dijangka’ hilang - Dunia | mStar

Anak buat ‘prank’ lekat barang di siling setiap hari, bapa hanya sedar selepas ‘sesuatu yang tidak dijangka’ hilang

Barang-barang kepunyaan seorang bapa yang menjadi mangsa 'prank' anaknya. Foto Reddit

SEORANG budak lelaki membuat kejutan dengan membuat gurauan atau prank terhadap bapanya.

Seorang pengguna laman sosial Reddit, Seaman The Sailor melakukan sesuatu yang boleh membuatkan bapanya berang.

Dia merancang untuk melekatkan setiap barang kepunyaan bapanya pada siling di rumah mereka.

Menurutnya, tindakan tersebut dibuat setiap hari sehingga ia disedari oleh bapanya.

Dia kemudian memuat naik foto di Reddit setiap kali menampal barang baharu.

Hari pertama, dia menampal cermin mata milik bapanya, diikuti dengan klip telefon bimbit pada hari kedua.

Cermin mata milik bapanya merupakan barang pertama yang dilekatkan pada siling rumah. Foto Reddit

Pada hari ketiga, dia menampal alat kawalan jauh TV, manakala hari keempat pula sebelah kasut bapanya pula menjadi mangsa.

Pemuda itu menggunakan pelekat dan pita memastikan kesemua barang dapat dilekatkan pada siling.

Bapanya hanya menyedari sesuatu yang tidak kena berlaku apabila alat kawalan jauh TV tiba-tiba hilang.

Bagaimanapun, gurauan tersebut disifatkan bapanya sebagai melucukan. - Mirror

Reddit , prank , gurauan , siling , alat kawalan jauh TV

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Penduduk gempar kambing berwajah manusia

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain