Ikan aneh berwajah manusia dijumpai dalam tasik di China - Dunia | mStar

Ikan aneh berwajah manusia dijumpai dalam tasik di China

Video menunjukkan seekor ikan yang mempunyai wajah seakan-akan manusia yang sedang berenang-renang dalam sebuah tasik di Kunming, China menimbulkan kekecohan di media sosial. Foto: Mirror

WARGA maya dikejutkan dengan satu video menunjukkan seekor ikan yang mempunyai wajah seakan-akan manusia, sedang berenang-renang dalam sebuah tasik.

Ikan yang agak luar biasa itu telah ditemui di sebuah tasik di China.

Video itu dirakam oleh seorang pelawat yang mengunjungi  sebuah kampung di luar bandar Kunming, di selatan China.

Video itu kemudian dikongsi di Weibo, platform media sosial China dan dalam klip tersebut, ikan itu dapat dilihat berenang ke tepi tasik dan menonjolkan kepalanya di atas permukaan air.

Ia kelihatan seperti mempunyai dua mata, dua garis vertikal yang menyerupai sisi hidung dan satu bentuk mendatar di bawah mulutnya.

Jelas kedengaran seorang wanita berkata: “Ikan telah berubah menjadi dongeng”

Manakala pelayar memberi komen: “Ini menakutkan”

Ada juga yang berkata: “Siapa yang berani untuk memakannya?”

Video itu kemudiannya dikongsi di Twitter oleh seorang pengguna bernama @Unexplained di mana ia mengundang komen-komen yang menyifatkan penemuan itu ‘menakutkan’. - Mirror

Ikan , manusia , tasik , China

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain