suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi lelaki dimakan anjing liar selepas dibuang ibu dalam semak

Bayi lelaki itu maut dimakan anjing liar.

SEORANG bayi yang ditinggalkan di kawasan terbiar oleh ibunya maut selepas dimakan anjing liar.

Polis berkata mereka menjumpai beberapa ketulan tulang kecil di dalam semak dekat sebuah kawasan terbiar di Kaohsiung, selatan Taiwan.

Bayi masih bertali pusat itu diletakkan di dalam sebuah beg plastik sebelum ditinggalkan di kawasan tersebut.

Ibunya yang dikenali sebagai Xiao Mei, 19, dilaporkan kurang siuman dan berada dibawah jagaan pertubuhan khidmat sosial.

Media tempatan turut melaporkan wanita itu bersalin pada 8 Oktober lalu.

Xiao dan kekasihnya didakwa meninggalkan bayi lelaki itu di kawasan terbiar yang terletak di belakang sebuah pangsapuri.

Pasangan itu yang bertemu secara atas talian tinggal bersama di sebuah flat di Kaohsiung.

Mereka kemudian dilaporkan melarikan diri ke pusat bandar dan bersembunyi di dalam kafe internet selama sebulan.

Pekerja sosial menghubungi polis selepas mereka gagal mengesan Xiao.

Namun mereka berjaya dikesan awal minggu ini.

Polis menyedari baby bump Xiao sudah tiada dan wanita itu mengakui membuang bayinya sebaik sahaja dia dilahirkan. - Metro.co.uk

buang bayi, anjing liar

Artikel Lain