suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita dikecam selamba kunyah saderi dalam pesawat - “Tangkap dia”

Rakaman wanita itu mengunyah saderi menjadi tular di media sosial.

TINDAKAN seorang wanita yang makan saderi di dalam sebuah pesawat menimbulkan rasa kurang senang netizen sehingga ada yang mahu dia ditangkap polis.

Malah rakaman video perbuatan menjengkelkan wanita itu yang tular di media sosial mendapat lebih 3 juta tontonan dalam tempoh 24 jam.

Rakaman itu dikongsi sebuah laman Instagram dengan kapsyen 'nothing like a mid-flight snack'.

Dalam video itu, wanita tersebut dilihat menarik sebatang daun saderi daripada plastik Ikea di atas pangkuannya.

Dia kemudian dilihat selamba mengunyah saderi itu tanpa menghiraukan penumpang lain.

Meskipun ramai netizen mengecam perbuatan wanita itu, tidak kurang juga yang mempertahankannya.

"Tangkap dia," kata seorang netizen.

"Ada orang makan saderi begitu?," soal seorang lagi netizen.

Namun seorang netizen tampil mempertahankan wanita itu dengan berkata:"Saya tidak melihat ada apa-apa masalah mengenainya." - Dailystar.co.uk

saderi, pesawat, makan

Artikel Lain