suria

Wanita maut 10 hari selepas kritikal dibakar suami

Florencia Coria.

SEORANG ibu dua anak maut selepas kritikal disimbah dengan alkohol dan dibakar suaminya.

Florencia Coria, 27, mengalami luka melecur 90 peratus dibadannya dalam insiden yang berlaku di kediamannya di Santa Fe, Argentina pada 29 Disember lalu.

Suaminya Cristian Cabrera, 42, kini berada dibawah tahanan rumah selepas didakwa melakukan jenayah itu oleh hakim Ignacio Vaca.

Insiden itu turut disaksikan saudara isterinya yang mendakwa Cabrera mencurah alkohol ke atas isterinya sebelum bertindak membakarnya.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Kecemasan Clemente Alvarez dan disahkan meninggal dunia 10 hari kemudian.

Cabrera turut dimasukkan ke hospital kerana mengalami kesan melecur di tangan dan juga jarinya.

Selepas isterinya meninggal dunia, Cabrera gagal hadir ke mahkamah dan melarikan diri dari rumahnya.

Dia kemudian ditemui di bandar Estanislao Lopez dan ditahan polis. - Dailystar.co.uk

bakar, alkohol, meninggal, isteri

Artikel Lain