suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Ukraine ditembak jatuh kerana kesilapan manusia - Tentera Iran

Kesemua penumpang dan anak kapal maut dalam insiden itu.

SEBUAH pesawat Ukraine yang terhempas awal minggu ini di Iran dilaporkan terbang dekat tapak ketenteraan dimiliki Pengawal Revolusi Quds ditembak secara tidak sengaja kerana kesilapan manusia.

Perkara itu diumumkan tentera Iran dalam satu kenyataan media yang dibacakan sebuah stesen televisyen pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak bertanggungjawab akan dirujuk ke jabatan kehakiman.

Kesemua 176 penumpang dilaporkan terbunuh.

Malah tentera Iran dalam satu kenyataan turut mengucapkan takziah kepada waris mangsa terkorban.

Amerika Syarikat (AS) dan Kanada berkata pesawat itu ditembak jatuh, dakwaan yang pada mulanya dinafikan Iran.

Artikel Lain