suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda nyaris maut gara-gara cuba cium ular tedung ketika mabuk

Keadaan mulut Sonu selepas dipatuk seekor ular tedung.

SEORANG penjinak ular nyaris maut selepas dipatuk seekor ular tedung ketika cuba mencium haiwan itu dalam keadaan mabuk.

Sonu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dipatuk ular tedung itu dibahagian mulutnya dalam insiden di Karnataka, India.

Insiden berlaku ketika penduduk menjumpa ular tedung itu di bandar Bhadravati dan menghubungi Sonu untuk bantuan pada 24 Disember lalu.

Sonu bagaimanapun berjaya menangkap haiwan reptilia itu dan mula bermain dengannya.

Ketika dia cuba mencium ular tedung itu, haiwan itu kemudian mematuk bibirnya sehingga bengkak.

Sonu mula mengalami pendarahan di mukanya dan dikejarkan ke hospital berdekatan.

Dia kemudian dirujuk ke Hospital Mcgann di Shimoga untuk rawatan doktor pakar.

Doktor berkata Sonu terselamat kerana menerima rawatan dengan segera.

Wajahnya membengkak selama 10 hari tetapi kini sudah kembali pulih. - Metro.co.uk

ular tedung, penjinak ular

Artikel Lain