suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru 3 hari ‘intern’ di Nasa, remaja 17 tahun temui planet baharu

Ilustrasi Nasa menunjukkan data daripada Tess yang menemui sebuah planet yang mengorbit dua bintang. Foto Handout/Nasa/AFP via Getty Images

SEORANG remaja berusia 17 tahun dari New York, Amerika Syarikat menemui sebuah planet baharu.

Ketika penemuan itu, Wolf Cukier baru saja menjalani latihan praktikal (internship) selama tiga hari di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard bagi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (Nasa).

Cukier membuat tinjauan mengejutkan itu menerusi imej satelit yang dilihat oleh orang awam, dan meneliti kecerahan sebutir bintang.

ARTIKEL BERKAITAN: Nasa temui 3 planet baharu

Dia kemudian mengesan sesuatu yang berbeza. 

Sebuah objek kelihatan bergerak di hadapan bintang, menghalang sinaran cahayanya. Ia ternyata sebuah planet.

"Itulah yang saya perhatikan pada mulanya," jelas Cukier kepada CBS New York.

"Ia seperti, oh... ada sesuatu di sini," katanya.

Selepas beberapa hari, kakitangan senior yakin mengenai kebenaran Cukier bahawa dia telah menemui sebuah planet.

Planet tersebut dinamakan TOI 1338 b. 

Saiznya hampir tujuh kali lebih besar daripada Bumi, menyamai saiz Zuhal dan boleh dijumpai sejauh 1,300 tahun cahaya.

Apa yang lebih luar biasa adalah planet itu ditemui mengorbit dua bintang, tidak seperti Bumi yang hanya mengorbit sekali. 

TOI 1338 b mengelilingi dua bintang sekali setiap 95 hari.

Ia merupakan pertama kali program Nasa yang dijalankannya, dinamakan sebagai Surveys Exoplanet Survey Satellite (Tess), yang menemui sistem planet dengan dua bintang. - Telegraph

planet, Nasa, Wolf Cukier, TOI 1338 b, bintang

Artikel Lain