Nasa temui 3 planet baharu - Dunia | mStar

Nasa temui 3 planet baharu

Planet ini ditemui melalui penelitian menggunakan NASA Exoplanet Survey Satellite (TESS).

AGENSI Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (Nasa) menemui tiga planet baharu, di luar sistem solar Bumi.

Planet misteri ini merupakan sebahagian daripada sistem suria TOI-270 dan sistem tersebut dinilai Nasa sebagai bahagian dunia yang hilang dan dapat menjadi hadiah yang besar untuk peneliti dan penjejak dunia alien.

Ketiga-tiga planet ini mengorbit bintang hanya pada jarak 73 tahun cahaya dari Bumi, menjadikannya sebagai 'exo planet' terdekat yang pernah ditemui, serta merupakan salah satu yang terkecil.

Planet ini ditemui melalui penelitian menggunakan Nasa Exoplanet Survey Satellite (TESS). Satelit ini dihantar ke luar angkasa pada tahun 2018 dan telah mengesan alam semesta untuk mencari bintang dan planet yang berpotensi menjadi tempat tinggal yang dapat menyokong kehidupan makhluk asing.

TOI-207 memiliki persamaan dengan Bumi yang dipenuhi batuan, ukurannya lebih besar dari Bumi, manakala dua planet bergas lain berukuran lebih besar sedikit, memetik laporan The Independent.

Planet ini, TOI-270b mengorbit bintang setiap tiga hari pada jarak sekitar 13 kali lebih dekat dari Utarid yang mengorbit Matahari, memetik CNN.

Salah satu planet berkenaan.

Ukuran planet berbatu ini menyerupai planet Bumi atau Marikh, dan dua planet bergas lainnya sama dengan Zuhal dan Musytari, menyokong penilaian bahawa ketiga-tiganya merupakan bahagian dunia yang hilang.

Dua planet lain iaitu TOI 270 c dan d, masing-masing berukuran 2.4 dan 2.1 kali ganda lebih besar dari Bumi, memetik CNN. Pakar menilai planet tersebut hampir sama dengan Neptun yang mengorbit bintang setiap lima dan 11 hari.

Peneliti berharap dapat menggunakan sistem solar TOI-207 untuk memahami alasan di sebalik kehadiran dunia dengan ukuran tersebut dan membantu memahami bagaimana planet-planet di sistem solar kita ditemui.

Bersama dengan penemuan planet berbatu menyerupai Bumi, Nasa turut menemui planet bergas dengan ukuran dua kali ganda Bumi.

Salah satu planet tersebut berlokasi pada jarak paling jauh dari bintang, dinilai Nasa memiliki suhu yang mungkin dapat menyokong kehidupan alien.

Namun, atmosfera pada planet terjauh ini dikatakan sangat pekat kerana menyimpan suhu panas sehingga permukaannya terlalu hangat. -Independent UK

sistem solar , Bumi , TOI-207 , Nasa

Artikel Lain