suria

Flat hampir musnah akibat letupan gas, lelaki 70 tahun antara mangsa yang cedera

Keadaan flat berkenaan yang rosak akibat letupan gas.

EMPAT individu cedera menerusi kejadian letupan gas di sebuah flat di selatan London.

Penduduk kawasan itu berkata, mereka mendengar bunyi letupan sekitar 7.25 pagi sebelum pihak berkuasa dikejarkan ke lokasi kejadian.

Seorang lelaki berusia 70 tahun dibawa ke hospital manakala tiga lagi mangsa dirawat di lokasi berkenaan.

Foto-foto kejadian turut tular yang mana ia memaparkan serpihan kediaman yang bertebaran di atas tanah.

Dalam pada itu, pihak bomba London turut mengesahkan kejadian yang berlaku di Garrat Lane, Wandsworth itu. - Mirror.

letupan gas, bomba, flat, cedera

Artikel Lain