suria

'Tsunami' membadai taman tema kerana kesilapan teknikal, 44 pengunjung dalam kolam cedera

Paparan skrin rakaman kejadian itu. FOTO: ASIAWIRE.

OMBAK setinggi tiga meter yang membadai sebuah taman tema menyebabkan 44 pengunjung mengalami kecederaan.

Rakaman kejadian yang tular memaparkan paras air dalam kolam tiba-tiba meningkat sebelum ia menghempas sekumpulan pengunjung.

Mereka yang berdiri di luar kolam kelihatan cemas berlari menyelamatkan diri.

Kejadian berlaku di taman tema air Shuiyun di wilayah Jilin, China pada 29 Jun lalu.

Jurucakap taman tema berkenaan berkata, ia berpunca daripada kesilapan teknikal.

Mereka bagaimanapun mendakwa hanya sepuluh pengunjung yang mengalami kecederaan.

Ia kini ditutup sementara waktu untuk proses baik pulih. - Daily Star.

Artikel Lain