suria

Kecoh pramugari 'sumbat' diri sendiri dalam ruang simpanan bagasi

Seorang pramugari dirakamkan meniarap di dalam ruang simpanan bagasi di bahagian atas di dalam kabin pesawat. Foto Twitter/@Disko_InVERNo

PENUMPANG dikejutkan dengan tindakan seorang pramugari yang memasukkan dirinya dalam ruang simpanan bagasi di bahagian atas di dalam kabin sebuah pesawat.

Rakaman video menunjukkan seorang pramugari meniarap di dalam ruang menyimpan bagasi semasa penerbangan Southwest Airlines dari Nashville ke Philadelphia di Amerika Syarikat.

Menerusi rakaman tersebut, dia kelihatan sedang berehat di dalamnya dan kakinya terkeluar dari ruang simpanan bagasi.

Kedengaran penumpang dan pramugari itu mula bercakap, rakaman video berakhir.

Bagaimanapun, Southwest memberitahu bahawa pramugarinya hanya berseronok dengan penumpang.

Bercakap kepada Fox News, badan kakitangan Southwest dalam satu kenyataan berkata: "Kakitangan Southwest dikenali kerana menunjukkan sifat humor dan personaliti yang unik.

"Contohnya, salah seorang kru kabin kami cuba berseronok dengan penumpang semasa dalam penerbangan.

"Sudah tentu ia bukan prosedur biasa kami, dan kru Southwest sentiasa mengutamakan keselamatan," menurut kenyataan itu. - Mirror UK

Southwest Airlines, pramugari

Artikel Berikut

Nasa temui 3 planet baharu

Artikel Lain