suria

Juruterbang pesawat Ukraine terhempas di Iran tak berhubung minta bantuan

Sebahagian barang-barang milik penumpang pesawat Ukraine International Airlines yang terhempas dekat Tehran, Iran pada Rabu. Foto Reuters

ANAK kapal bagi pesawat penumpang Ukraine yang terhempas di Iran pada Rabu tidak berkomunikasi untuk mendapat bantuan.

Sebaliknya, menurut pasukan penyiasat tempatan, mereka cuba untuk berpatah balik ke lapangan terbang dalam kejadian pesawat terhempas.

Pesawat Boeing 737 itu terhempas sejurus selepas berlepas dari sebuah lapangan terbang dekat Tehran, mengorbankan kesemua 176 penumpang dan anak kapal.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat terhempas di Tehran, semua 167 penumpang dan anak kapal maut

Menurut laporan awal pasukan penyiasat Iran, pesawat berkenaan terbakar sebelum terhempas.

Laporan itu turut menyatakan bahawa pesawat tersebut mengalami masalah teknikal sejurus selepas berlepas.

Ia bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai masalah teknikal berkenaan.

Malah, ia turut memberitahu bahawa tiada komunikasi radio daripada juruterbang semasa pesawat tersebut hilang dari radar pada ketinggian 8,000 kaki.

Pesawat Ukraine International Airlines yang berusia tiga tahun itu terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Imam Khomeini Tehran pada kira-kira 6.10 pagi Rabu waktu tempatan. - Mirror

Artikel Lain