suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nasa dedah roket terbesar dunia bawa angkasawan kembali ke bulan

Roket yang diperkenalkan Nasa bagi membawa angkasawan kembali ke bulan. Foto Nasa

AGENSI Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (Nasa) memperkenalkan roket terbesar di dunia, menjelang ujian Green Runnya, dalam melepaskan angkasawan ke bulan dan Marikh.

Menerusi video yang dikongsi oleh pentadbir Nasa, Jim Bridenstine, teras roket Sistem Pelancaran Angkasa (SLS) sepanjang 365 kaki itu menelan belanja lebih AS$13 bilion.

Ia dibawa ke tarmac diikuti prose yang dilakukan oleh saintis.

Ia kemudian dipasang kepada tonggas jet Pegasus Nasa yang mengangkutnya ke Pusat Angkasa Stennis untuk ujian kritikal.

SLS direka untuk membolehkannya mencapai kelajuan pada Mach 23 sebelum berpisah daripada kapsul anak kapal.

Kelajuan itu bersama dengan kira-kira 28,400 kilometer sejam. 

Roket tersebut merupakan sebahagian daripada program angkasa Artemis I, yang diharapkan dapat membawa angkasawan ke bulan pada 2024. - Daily Star

Nasa, roket, bulan, Marikh

Artikel Lain