suria

Seram! CCTV rakam hantu ‘bergurau’ dengan pekerja di pasar raya

Rakaman CCTV menunjukkan kejadian yang menimpa seorang pekerja diganggu hantu. Foto Twitter

SEORANG kakitangan sebuah pasar raya melalui detik menyeramkan selepas terjatuh secara tiba-tiba semasa menyusun barang di premis itu.

Kejadian itu berjaya dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Pemilik kedai mendakwa kedai didiami hantu yang membuat guruan (prank) terhadap Elise Mullen semasa pekerja itu memasukkan minuman ke dalam peti sejuk.

Rakaman CCTV dari pasar raya Bourtreehill di Irvine, Scotland, menunjukkan Elise sedang memasukkan stok minuman ke dalam peti sejuk.

Bagaimanapun, sesuatu menolaknya secara tiba-tiba semasa dia mahu mengisi minuman di bahagian atas rak.

Kotak yang dipijaknya untuk berdiri bergerak sehingga menyebabkan dia terjatuh.

Menerusi video tersebut, terdapat jarak antara bawah kaki Elise dan kotak berkenaan.

Pemilik kedai mendakwa premisnya mempunyai hantu bernama 'Stacy', sesuatu di sebalik gurauan tersebut. - Daily Star



hantu, prank, pasar raya

Artikel Lain