suria

Biadab! Selamba lunjurkan kaki di tempat letak tangan penumpang lain

Kaki seorang penumpang yang dilunjurkan di atas tempat letak tangan kerusi penumpang lain. Foto sobsibsub/Reddit

SEORANG penumpang dalam sebuah pesawat merakamkan tindakan seorang penumpang melunjurkan kakinya tanpa berkasut di antara tempat letak tangan bagi tempat duduk hadapan dan dinding kabin.

Rakaman itu kemudian berpaling kepada penumpang muda yang duduk di tempat duduk hadapan itu.

Perkongsian yang dimuat naik di forum dalam talian, Reddit menerima ribuan komen terutamanya daripada mereka yang pernah mengalami situasi yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Jijik! Penumpang sidai stoking pada tingkap pesawat

ARTIKEL BERKAITAN: 20 Minit Keringkan Seluar Dalam Buat Penumpang Pesawat Tergamam

ARTIKEL BERKAITAN: Paling jijik, penumpang wanita selamba guna kaki sentuh skrin dalam pesawat

"Adakah ini benar-benar berlaku? Adakah pemikiran saya berbeza dengan mereka yang lain? Saya tidak pernah mimpi untuk melakukan perkara ini," komen seorang netizen.

"Saya tidak selalu menaiki penerbangan tetapi kalau ada sesiapa yang letak kakinya di tempat duduk saya macam tu, akan saya tumpahkan kopi atas kaki dia," ujar yang lain.

Rata-rata netizen percaya sikap tersebut begitu menjijikkan.

Malah, mereka mempersoalkan mengapa orang tidak faham mengenai tingkah laku yang tidak sesuai bagi penumpang pesawat.

Selain itu, spekulasi lain turut timbul yang menyebut bahawa kaki tersebut adalah milik kepada individu yang membuat rakaman, sebagai cubaan untuk bergurau (prank) dengan penumpang berkenaan. - Daily Star

biadab, kaki, tempat duduk, pesawat, penumpang

Artikel Lain