suria

Muhammad antara 10 nama bayi lelaki popular di Amerika Syarikat

Muhammad antara 10 nama bayi lelaki menjadi pilihan di Amerika Syarikat.

BUAT pertama kalinya Muhammad tersenarai antara 10 nama bayi paling popular di Amerika Syarikat (AS).

Menurut data dikeluarkan laman web keibubapaan, BabyCenter, Muhammad menduduki rangking ke-10 dalam senarai nama bayi popular di negara itu.

Kedudukan itu naik empat anak tangga berbanding tahun lalu.

"Keluarga Islam sering memilih nama Muhammad untuk anak lelaki mereka.

"Nama itu juga mempunyai beberapa ejaan, dan itu membantu nama itu melonjak ke ranking ke-10," kata Ketua Editor Global BabyCentre, Linda Murray.

Dalam pada itu, Liam mengungguli kedudukan teratas untuk nama bayi lelaki diikuti Jakson (kedua) dan Noah di tempat ketiga.

Bagi bayi perempuan, nama Sophia kekal menjadi pilihan ibu bapa selama satu dekad.

Menurut BabyCenter, data itu diperoleh dari hampir 600,000 ibu bapa yang berkongsi nama bayi mereka dengan pertubuhan itu pada 2019.

Kedudukan turut mengambil kira nama yang mempunyai bunyi sama tetapi ejaan berbeza seperti Mohammad dan Muhammad.

Nama popular untuk bayi lelaki:

1) Liam

2) Jackson

3) Noah

4) Aiden

5) Grayson

6) Caden

7) Lucas

8) Elijah

9) Oliver

10) Muhammad

Nama popular untuk bayi perempuan:

1) Sophia

2) Olivia

3) Emma

4) Ava

5) Aria

6) Isabella

7) Amelia

8) Mia

9) Riley

10) Aaliyah - CNN

Artikel Lain