suria

Seram! YouTuber tak sengaja rakam hantu buka pintu bilik air

Daisy benar-benar terkejut dengan insiden itu.

RAKAMAN video seorang bintang YouTube terhenti seketika apabila diganggu entiti misteri.

Daisy Marquez sedang merakam video untuk tontonan 1.3 juta pengikutnya apabila detik ngeri itu berjaya dirakam kamera.

Dalam video itu, Daisy dilihat bercakap mengenai set penjagaan kecantikan terbaharu di pasaran.

Namun semasa rakaman dipercayai dilakukan di bilik air, pintu tiba-tiba terbuka dengan sendirinya.

Daisy benar-benar terkejut dan dia dilihat hilang kata-kata.

Gadis itu kemudiannya membuka pintu tersebut tetapi tiada siapa kelihatan.

"Ia amat pelik dan menakutkan perkara seperti ini berlaku," katanya.

Video itu kemudian dimuatnaiknya di Twitter dan menjadi tular dengan mendapat 3.6 juta tontonan di platform media sosial itu. - Dailystar.co.uk

Artikel Lain