suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aksi spontan budak Sindrom Down kesat air mata rakan hidap autisme undang sebak

Momen sedih dua sahabat ini menyentuh hati netizen.

TINDAKAN seorang kanak-kanak Sindrom Down memeluk rakannya yang menghidap autisme untuk menceriakannya menyentuh hati netizen.

Video itu dirakam seorang guru di sebuah sekolah di Jalisco, barat Mexico pada minggu lalu.

Rakaman itu dimuatnaik di Facebook sebelum tular di Twitter.

Video itu dikongsi seorang pemuda dengan kapsyen 'sayu hati melihat reaksi ini.'

"Seorang kanak-kanak Sindrom Down menghiburkan rakannya yang menghidap autisme. Ia adalah empati tulen," katanya.

Kanak-kanak menghidap autisme dilihat lebih ceria selepas ditenangkan rakannya.

Dalam video itu, kanak-kanak yang menghidap autisme dilihat bersedih ketika berada di tempat duduknya.

Namun rakannya itu mengesat air mata kanak-kanak itu sebelum bertindak memeluknya.

"Ia momen yang saat indah. Dan saya memuji tindakan guru dan sekolah yang menggalakkan sikap terpuji itu. Tahniah semua!," kata seorang netizen.

"Kanak-kanak itu mempunyai hati yang sangat tulen. Seronok melihat momen indah ini," kata seorang lagi netizen. - Dailystar.co.uk

Sindrom Down, autisme

Artikel Lain