suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara suami kerap menyelinap ke pub, isteri sanggup bina di belakang rumah dengan kos RM97,000

Jayne membina sebuah pub di laman belakang rumah dalam usaha untuk mengelakkan suaminya menyelinap untuk minum dan menghabiskan masa di pub berdekatan. Foto: Caters News

PAUL Tapper, seorang jurutera dari Newton Abbot di Devon, sering mengahbiskan masanya mengunjungi pub yang terletak berhampiran rumahnya.

Tabiat itu bagaimanapun tidak disenangi isterinya, Jayne.

Akhirnya, wanita itu memutuskan untuk membina sebuah pub di laman belakang rumah mereka dalam usaha untuk mengelakkan suaminya menyelinap untuk minum dan menghabiskan masa di pub berdekatan.

Jayne, 48, memilih untuk menamakan pub tersebut The Doghouse Inn.

Ibu kepada tiga anak yang bekerja sebagai jururawat itu berkata, dia merancang menjadikan pub mereka sebagai lokasi parti dan keramaian, selain ia menjadi tempat mereka menghabiskan waktu bersama-sama pada waktu malam.

“Suami saya Paul suka mengunjunginya (pub) yang terletak berdekatan.

“Dan saya fikir - kenapa tidak buat pub saya sendiri, di mana saya menjadi pemilik tanah sendiri,” kata Jayne.

Kos keseluruhan untuk membina pub sendiri itu menelan belanja sehingga £17,700 (RM97,000). - Mirror

pub, belakang rumah, suami

Artikel Lain