Kes rogol doktor haiwan: Empat suspek mati ditembak polis - Dunia | mStar

Kes rogol doktor haiwan: Empat suspek mati ditembak polis

Mangsa dikenali sebagai Priyanka Reddy (gambar kiri) maut dibunuh dengan kejam selepas dirogol.

POLIS di Telangana, selatan India pada Jumaat membunuh empat suspek yang terlibat dalam kes rogol dan bunuh, yang telah menggemparkan dan mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat negara itu.

Bulan lalu mayat seorang doktor haiwan berusia 25 tahun dijumpai berdekatan dengan Hyderabad, dalam keadaan menyayat hati dipercayai dibunuh dengan kejam selepas dirogol.

Kejadian itu membangkitkan lagi kemarahan rakyat di negara ini yang mencatatkan lebih 100 kes rogol setiap hari.

Media India melaporkan, keempat-empat suspek yang sedang dalam tahanan polis Telangana itu dibawa ke lokasi kejadian pada Jumaat pagi untuk membantu siasatan, namun ditembak mati ketika mereka cuba melarikan diri. 

"Keempat-empat tertuduh dibunuh ketika bertembung dengan anggota polis," kata Pesuruhjaya Polis Daerah V.C. Sajjanar. 

Dua anggota polis turut cedera dalam kejadian itu.

Kematian suspek berkenaan dilihat meredakan sedikit kemarahan rakyat dan ramai menyokong tindakan  pihak polis itu.

Keluarga mangsa berkata tindakan polis harus dijadikan pengajaran dan peringatan kepada mereka yang mahu melakukan perbuatan keji itu. 

"Rohnya kini boleh berehat dengan tenang," kata bapa kepada mangsa rogol itu.

Sebelum ini, satu lagi kes rogol turut mencetuskan kemarahan orang ramai, membabitkan seorang pelajar yang dirogol dan dibunuh dalam sebuah bas di New Delhi pada 2012.

"Saya sangat gembira dan ingin mengucapkan tahniah kepada polis Hyderabad kerana melakukan tindakan itu. Keadilan telah ditegakkan. Saya berharap anggota polis berkenaan tidak dikenakan tindakan displin," kata ibu kepada pelajar tersebut. 

Bagaimanapun, tindakan polis itu turut menimbulkan persoalan kepada segelintir pihak mengenai kedaulatan undang-undang di India, di mana polis dilihat adakalanya bertindak melampaui batas peraturan yang dihadkan. - BERNAMA

bunuh , rogol , doktor haiwan

Artikel Sebelum

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain